Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Feb 26, 2012

7 Sunnah Rasulullah saw

Assalamualaikum..
Jom amalkan 7 sunnah Nabi kita Muhammad saw (^___^)
mg kita semua tergolong dalam golongan yg mendapat syafaat darinya di akhirat kelak..
amin!




....Selamat Beramal semua.....


Feb 22, 2012

Keperluan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Semasa Kehamilan

Assalamualaikum wbt..
Kali ni nak berkongsi info mengenai kehamilan.
Maklumlah sekarang dh berstatus bakal ibu..hik2.. 
bukan sy tp kakak sy yg tercinta yg kawen baru ni.. 
alhmdulillah.. awal rezeki korang kan.. 
sy ni yg lame da kawen masih menunggu utk perubahan status "Bakal Ibu" 
-menunggu dlm sabar-
mintak sabar jugak ye abang sayang.. 

Info ni sy ambik dari laman web babycenter ni.. bagi sy la laman web ni sgt sesuai utk di'explore' oleh bakal2 ibu mcm sy..hehe.. kat cni sy juz ambik sbhgn daripada isi tajuk yg di atas...

Jom baca (^____^)

~Buah-Buahan yang sedap..yam3~

Pakar mengesyorkan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari (sebaik-baiknya tiga hidangan buah-buahan berwarna kuning dan sayur-sayuran berdaun hijau, dan dua hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain) untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi anda yang sedang membesar.

Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda benar-benar tidak suka buah-buahan atau sayur-sayuran? Atau jika mabuk hamil membuat anda loya melihat pisang? Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan bahawa anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan.

1. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda betul-betul suka

Jika anda tidak suka buah beri tetapi sukakan pisang, 
tidak tahan kubis tetapi sukakan karot, mulalah dengan memakan lebih daripada makanan kesihatan yang anda suka. Beberapa idea:
  • tambahkan pisang yang dihiris ke dalam bijirin sarapan anda
  • tambahkan karot parut ke roti rol untuk makan tengahari anda
  • makan dua jenis sayur yang berbeza untuk hidangan utama anda
  • tambah salad sampingan dengan sayur-sayuran hijau yang anda suka untuk setiap hidangan.

2. Cuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang luar biasa

Sekarang sudah terdapat pelbagai pilihan sehinggakan anda mungkin berjumpa sesuatu yang baru yang anda sangat suka. Cuba skuasy dan buah-buahan bermusim seperti:
  • manggis
  • duku langsat
  • buah nona
  • jambu air
  • mangga
  • labu
  • buah kiwi
Durian juga berkhasiat, tetapi ia harus dimakan secara sederhana.

3. Berikan diri anda layanan istimewa dengan buah-buahan di luar musim

Ia mungkin mahal tetapi setangkai kecil anggur, sepiring strawberi atau ceri akan lebih memanfaatkan anda daripada sekeping coklat, jadi jika itu merupakan buah-buahan yang anda suka, makanlah yang itu.

4. Pilih buah-buahan beku, yang dalam tin atau buah-buahan kering

Kadangkalah memakan buah limau mencomotkan atau ia susah untuk dikupas, juga memasak sayur-sayuran bukan perkara menarik. Cuba buah-buahan dalam tin yang mempunyai jus semulajadi seperti laici atau sayur-sayuran beku untuk dimakan dengan sajian utama. Aprikot separuh kering dan buah-buahan lain menjadi makanan ringan yang sihat juga.

5. Cuba buat minuman daripada buah-buahan tersebut

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukan minuman bergas atau kopi dan teh. "Smoothie" yang dibuat dengan sedikit susu, yogurt, ais dan buah-buahan menghasilkan minuman yang menyegarkan dan memberikan anda banyak kandungan buah-buahan harian. Sup sayur campur untuk makan tengah hari bermakna yang anda memakan beberapa sayur-sayuran berbeza tanpa disedari. Semua ini akan menambah vitamin, mineral dan serat ke dalam diet anda.

6. Makan mentah

Jika anda tidak sukakan sayur-sayuran yang dimasak, anda mungkin mendapati anda sukakannya mentah. Cubalah seperti:
  • ulam dengan sambal belacan yang tidak begitu pedas
  • karot parut dengan kismis digaulkan dengan kuah salad
  • coleslaw yang dibuat dengan kubis putih mentah dan karot
  • salad Waldorf dibuat dengan epal dan kacang walnut
  • batang-batang sayur-sayuran mentah yang diihidangkan dengan hummus atau kuah cecah lain.
Salad Asia seperti salad mangga Thai atau salad betik, kerabu atau raita India adalah alternatif berperisa yang menyejukkan sebagai alternatif untuk dimakan dengan nasi. Rojak buah-buahan boleh juga menjadi hidangan istimewa dari semasa ke semasa.

7. Ubahkan rupa

Cuba tip ini.
  • Campurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang anda tidak suka.
  • Lecekkan karot yang telah masak dengan kentang.
  • Tuangkan sos keju ke atas sayuran campuran yang dimasak dari beku.
  • Cuba kari sayur-sayuran (nenas atau terung adalah sangat lazat).
  • Buat sos menggunakan tomato dengan pasta dan gunakan pasta yang digaulkan dengan bayam dan juga keju.
  • Masak sayur goreng dengan sedikit minyak dengan mencampurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang mana anda tidak suka. Tambahkan kepingan daging nipis ke dalamnya. Jenis hidangan ini boleh menjadi hidangan satu lauk yang cepat untuk keluarga yang sibuk.
Anda juga boleh menambah sayur-sayuran untuk sup seperti tom yam, sup bebola ikan dan sup bayam, sup akar teratai atau sup berkrim seperti labu krim, cendawan, asparagus, atau tomato krim.

8. Teruskan mencuba

Citarasa anda sememangnya berubah semasa anda hamil dan anda mungkin mendapati bahawa dengan sentiasa mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang baru, anda menambahkan kepelbagaian makanan yang anda makan secara beransur-ansur. Perubahan kecil-kecilan terhadap apa yang anda makan boleh memberi kesan yang besar.
  • Tukarkan minuman bergas yang bergula dengan jus buah-buahan dan smoothie buah-buahan selama seminggu.
  • Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran yang anda suka pada minggu seterusnya.
  • Perkenalkan buah-buahan baru pada minggu berikutnya.
selamat mencuba! hidup sihat walaupun hamil..(^___^)

Feb 14, 2012

9 Soalan Manusia dijawab Oleh al-Quran

Assalamualaikum semua.
Setelah sekian lama menyepi tanpa info & perkongsian, pada entry kali ni, sy ada sedikit perkongsian yg diambil daripada blog abubasyer. Apabila ditimpa ujian @ musibah, pertanyaan seperti ini sering kali bermain di minda kita. Tapi bagi kita sebagai seorang muslim, bersangka baik dengan Allah itu adalah yg utama kerana Allah Maha Mengetahui segala yang kita tidak ketahui. Jom kita hayati jawapan kalamullah atas soalan2 yg biasa bermain di fikiran kita di kala jiwa sesak ditimpa masalah dan musibah...

Soalan pertama : Kenapa aku diuji?

Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah al-Ankabut  ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah  ayat 216)

Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

Soalan keempat  : Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran  ayat 139)

Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan Qadak dan Qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah S.W.T. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.

Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?

Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Benarlah saranan Allah S.W.T. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan menjadikan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.

Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.

Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah  ayat 111)

Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah S.W.T. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.

Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf  ayat 12)

Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.

Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Allah sebaik-baik pertolongan & pengharapan

Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah S.W.T. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah S.W.T. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...