Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sep 6, 2011

Salam Eidilfitri 1432H

Assalamualaikum
Masih belum terlambat bg kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin andainya ada yg terguris hati, tersalah bicara. Moga keberkatan bulan mulia ini dimanfaatkan sebaik mungkin. 

Aug 28, 2011

Shopping Raye...(^___^)")

Assalamualaikum semua.
Sementara ade masa di pagi yg penuh barakah ni, sempat lagi aku layan "kertas putih" ni. Sebenarnya nk pi cari kain tudung satgi. Tp ni nk coret2 psl shopping raye kali ni dulu.. hehe..Semalam sempat bershopping sakan raye kt Penang. Sebenarnye x sakan mane pn. Beli baju raye abang je sbb yg aku da settle. Tunggu nk bt tudung bulat je 1 lg.. makan mase jgk 2. Arp2 sempatla.. kalu x xkuar umah la jawabnya aku raye n. Bercerita psl shopping ni, bukan pi ngn cik abang je tp semua pi termasuk mama, abah adik beradik ipar. Semua ad kt umah (Kedah) sekarang ni.  

Mule2 pi Sunway Carnival Mall @ Seberang Jaya, Penang sbb mmg rancang nk pi situ.. Kami bertolak lwt sikit dlm kul 12 lbh2, jdnya kejap je la boleh ronda2. Bile abang, abah da beli baju melayu, tup tap tup tap ad cdgn lak nk pi Jusco. emm.. lepas solat zohor kt masjid Sembilang kalu x clp la, terus kami pi Jucso.. Smpai2 terkejut la jgk.. igt jusco bese2 je.. tp punya la besar..hehe.. Siap banyak lagi pilihan berbanding kt Sunway tu.. Kalau la tahu.. pi situ je terus.. xla buang mase pi sunway tu..
 
Kt Jusco ni, cari2 baju kemeja & Tshirt untuk abang. Abis la jgk ratus2.. Mmg g2 la tiap2 tahun kalu time raye. hehe. Aku ni ad jgk tilik2 handbag. Sbb rase da puas pakai handbag ni..ngeh2.. abang duk suh ambik je sbb die yg bayar.. hehe. Tp aku ni ttbe rase x sedap ati sbb abang da banyak abiskan duit untuk aku. Sangat2 x sampai hati sbb sayang sayang sangat abang. Isteri solehah la katakan. (berbanggala plakkan.. ish2) tp InsyaAllah. Cukupkan dengan ape yg abang da belikan untuk aku untuk raye ni. Lagipun handbag aku ni bukan rosak pn. Still elok & setia berjasa pd aku insyaAllah sampai aku keje kot. hehe. Lepas 2 boleh la nk beli yg baru pn. Wt koleksi 5 6 bijik.. haha.

Aku siap cakap lagi "bile sayang da keje 6ti, sayang bli je ap2 untuk abang" hehe. Jangan kereta Honda City da la..hikhik ( ade makna tu)



Aug 23, 2011

Akibat Derhaka Pada Ibu


Asslamualaikum.. 
Jom kita berkongsi kisah menenai seorang pemuda yang derhaka pada ibunya. Moga ambil ikhtibar dari setiap kejadian.


Diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya,ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang,di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi.Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu ibunya menasihatinya.

~Kasihmu tiada bertepi~

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.


“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.


Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu.  

“Pencuri!!Pencuri!! teriaknya. Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.

Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang. Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai. 

Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”


Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.


Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dari luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”


Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.


“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”


“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.


“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.” Jawab anaknya.


“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.” Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bahawa itu adalah anaknya.


“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”


“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.” Jawab ibunya.


“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta, ”jawab anaknya.


Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.


“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”


Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.

”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”


Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.Begitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.

...SESUNGGUHNYA REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBUBAPA...

 

Aug 22, 2011

Buku lagi..

Assalamualaikum. 
Apa khabar iman hari ini? 
moga ia semakin bertambah & terus bertambah walaupun ramadhan da hampir ke penghujungnya. & inilah masenya kita berlumba-lumba "mencari" malam lailatul Qadr yg hanya Allah sahaja Maha Mengetahui bilakah ia akan berlaku. Kita sebagai hamba haruslah pertingkatkan amal ibadat kita seikhlasnya, moga2 kita sama2 tergolong dalam golongan mukhlisin.. amiin!!

Sebenarnya nk cite psl hari sabtu baru ni. Cadangnya pi Kulim nk tinjau2 baju raya. Maklum la raya da dekat. Balik Terengganu mase awal pose ari tu da bli jubah & ambik baju yg mak da blikan same utk kami sekeluarga (kecuali abang, sebab xckp awal2 nk bli same2). Tetibe decide plak warna tema untuk raye warna oren sbb tahun ni insyaAllah raye kt kedah. Warna tema raye kt Terengganu wrna biru ala2 turqoise g2.. nk pakai yg 2 jauh sangat la plk warnanya... alamaknya kne la cari baju warna oren. emm susah jgk rupenya nk cari yg berkenan di hati ni. Ade yg berkenan tp warna len la plk.

Jawabnya x beli baju pun hari tu, tp terbli novel la plk..hehe. Sebab ari tu cam x puas hati je x bli novel. Boleh la bace ilangkan boring. Novel karya A. Ubaidillah Alias "Cinta kembali Bertasbih" kali ni terkesan pdku. Sebenarnya xsuke mane beliau tulis, sebab da bace novel "Warkah Cinta Berbau Syurga" 1 & 2 yg beliau tulis. cam biase je tp yg ni terbeli plak.. 

Siap abang ckp "Nape beli kalu x suke die tulis?" aku duk jawab "Sebab kulit novel die comel" ngeh2.. ade plak cam2 kan... Kalu cam2 semua novel yg kulit comel aku nk bli..haha.. 

Emm tp cite kali ni bes plak. Seorang abang sanggup mengorbankan segalanya demi adik perempuannya yg tercinta. Rahman, daripada seorang yg panas baran akhirnya menjadi seorang yg baik akhlaknya, berperibadi mengikut sunnah Nabi saw. Walaupun terasa sukar sekali untuk bertemu dengan lelaki sebegitu pd zaman sekarang ni.. Cukuplah aku mendoakan agar suamiku menjadi seperti itu @ lebih baik dari itu. amiin!!

Selain beli novel tu, ade jgk beli buku masakan. Dua lagi. Tp x cube pn lagi resepi kat dalam tu.. tengok2 jd hangat2 tahi ayam je 6ti..haha. xpe2 yg penting kumpul dulu (sedapkan hati). Emm yg paling suke sbb majalah yg aku tunggu bulan 9  da aku beli.. ap lg kalu bukan majalah Pa & Ma.  hehe. Tetibe terfeeling rindu nk ada anak sendiri cepat2.. InsyaAllah aku cube bersedia dari sekarang. Tp janganlah ade sekarang sbb alamatnya tak praktikal la aku tahun depan. hehe.

Tak pasai2, duit aku melayang RM40.20 sebab abang xnk bayar.. hehe. Tp bile balik umah, abang da gantikan balik duit tu. Siap bagi lebih lg. hehe. Maknanya duit aku x bergerak pn. ngeh2.. Terima Kasih selagi lagi untuk abang. (^____^)

 

Aug 19, 2011

Cinta...

..Cinta..
::Andai saja kau bisa merasa getaran hatiku::
::Kau akan tahu betapa aku sangat merinduimu::
::Andai saja kau bisa menadah air mataku::
::Kau akan tahu betapa aku takut kehilanganmu::
::Andai saja kau jauh dari diriku::
::Kau akan lihat betapa kosongnya hidupku::
::Andai saja kau hilang dariku::
::Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan jiwaku::

..Cinta..
::Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu::
::Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku::
::Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan::
::Biar harta dan jasad terkorban::
::Kerana cinta ini yang ku damba::
 

..Cinta..
::Menyebut namamu takkan pernah jemu::
 ::Mengingatimu takkan pernah lupa::
::Memujimu takkan pernah rapuh::
::Janjimu sentiasa teguh::
::Cinta sehidup dan selepas mati::
::Cinta yang sentiasa bahagia walau derita::
::Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu::

~Sebenar benar cinta~

::Aku hidup kerana cinta itu::
::AKu mati kerana cinta itu::

::Cukup bagiku cintamu::
::Itulah pelindung yang memeliharaku::
::Itulah ketenangan yang mententeramkan aku::
::Itulah kebahagiaan yang menyinariku::

::Engkau yang selalu ada::
::Engkau yang sentiasa bersama::
::Saat suka dan duka::
::Aku cinta padamu::
::Aku cinta pada takdirmu::
::Aku cinta pada jalanmu::

..Atas nama cinta..
::"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."::
::Atas nafas cinta::
::Subhanallah::
 ::Alhamdulillah::
::Allahu Akhbar::
::Jihad cinta buatMu ya Rabb::
::Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu::
::Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu::

 ....Letakkan dunia hanya di tangan untuk dicatur, 
bukan di hati untuk diburui, 
supaya hidup kita tidak dibuai oleh cinta dunia....

~ameen Ya Rabb~

Sumber: iluvislam

Aug 17, 2011

Yakin Dengan Jaminan Allah


 Alhamdulillah.. ku amat terkesan dengan satu kisah daripada buku ustaz Pahrol Mohd Juoi (Beduk Diketuk)..Jom hayati...

Kisah Semut dengan Nabi Allah Sulaiman a.s di mana Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
 
Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

~Mengambil ibrah daripada seekor semut~

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Hebatnya makhluk Allah yg kecil ini.. Benar2 yakin dengan jaminan Allah.. Bagaimanakah dengan kita? Jangan biarkan hati kita berasa putus asa dengan  ujian yang dilalui, sebaliknya yakinlah pd Allah bahawa setiap ujian itu dapat meningkatkan keimanan & tawakkal kita pada Allah. Wallahua'lam.

....Berusahalah untuk jd hambaNya yg terbaik...


Istimewa Buat Kakakku Sayang


Alhamdulillah.. 
Allah pertemukan kita lg.. biarpun 3 hari dah berlalu..
aku tetap ingin mencoretkan ucapan ini khas bt kakak kedua ku yang tersayang   

Nur Navilah binti Tolohah
  
~kakakku yg comel dengan anak sepupu kami~

sempena hari lahirnya yang ke 24, pada 14 Ogos 2011. 
Walaupun da wish kt fb tp aku ttp nk abadikan coretan ni utk kenang kenangan...

~Ni kek yang sedap daripada tiQhah & Hanif..hehe~

::Salam UlangTahun Kelahiran::
::Sweet 24::

::tiQhah doakan bilah:- 

::Dipanjangkan umur & Dimurahkan rezeki::
::Diberkati Allah sentiasa
::Moga terus berjaya dalam hidup dunia & akhirat:: 
&
::Moga tahun ini membawa seribu erti buatmu::

Lagu ni ditujukan khas untuk Bilah..hehe
 Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Kakakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Kakakku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

.......ameen..Moga dimakbulkan doa.......
 

Aug 16, 2011

Berdoalah..Nescaya Diperkenankan

Assalamualaikum.. 
alhamdulillah. Segala puji bg Allah kerana masih menghidupkan kita, memberi kita kekuatan dalam meneruskan kehidupan kita di atas muka bumi ini & menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini.

Penghidupan kita di dunia ini tidak lari lari pengawasan Allah SWT. Oleh itu, setiap umat Islam pasti sentiasa mengharapkan rahmat & redha Allah SWT. Malah, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah iaitu melaksanakan kewajipan dalam Islam seperti bersolat, bersedekah, memberi pertolongan secara ikhlas dan paling mudah ialah dengan berdoa.

Doa bukan saja dikategorikan sebagai satu ibadat di mana kita dituntut melakukannya, sebaliknya sebagai senjata kepada orang mukmin, terutama ketika menghadapi musibah dan kesusahan. Allah SWT memerintahkan hamba-Nya supaya berdoa kepada-Nya kerana tiada tempat lain untuk kita memohon pertolongan melainkan kepada Allah semata- mata. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Mukmin, ayat 60, yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

~Tawakkal pada Allah dengan berdoa padaNya~

Sebagaimana diketahui, setiap doa yang ikhlas kepada Allah SWT akan dimakbulkan oleh-Nya, namun sebagai hamba, kita dituntut untuk bersabar kerana tidak semua doa itu diperkenankan serta-merta. Jangan kita berputus asa kerana ada hikmat dan rahsia yang terkandung di dalamnya, sebaliknya hendaklah terus berdoa kepada Allah dengan perasaan yakin dan rendah diri kepada-Nya. Sebagamana hadith Nabi SAW:

 "Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturahim,maka Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga :

1) Allah SWT langsung mengabulkan doanya.
2) Allah SWT akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat.
3) Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.

Dalam memastikan doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah, kita hendaklah menjaga adab dan tata tertib ketika berdoa, iaitu antaranya hendaklah ia dalam keadaan berwuduk, memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah, memberi selawat dan salam kepada Rasulullah SAW.

Ketika berdoa juga, disunatkan menghadap kiblat dengan suara yang rendah sambil menadah dua tangan serta berdoa bersungguh- sungguh, khusyuk serta yakin doa akan diperkenankan. Selain itu, jika tidak mahu doa kita ditolak, kita hendaklah memastikan makanan, minuman dan pakaian adalah adalah daripada sumber halal. Perlu diingat juga, kita tidak boleh berdoa dengan sesuatu yang tidak munasabah dan mustahil atau mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada saudaranya yang lain. 

~Berdoalah walau dalam apa jua kedaan~

Doa mempunyai banyak kelebihan dan fadilat yang sangat besar. Melalui doa, keampunan dan rahmat Allah akan diperoleh, manakala musibah dan kesusahan boleh terhindar. Selain itu, doa boleh menghindarkan daripada bala, walaupun bala itu adalah qada (ketentuan Allah SWT). Ini sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bahawasanya: 

“Tiada yang boleh menolak qada Allah kecuali doa, dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan.” 
(Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi)

Oleh itu, sentiasalah berdoa baik ketika senang atau susah tetapi perlu diketahui bahawa, orang yang memperbanyakkan doa ketika dia dalam keadaan senang, Allah SWT akan memakbulkan doanya ketika dia dalam keadaan susah.

Antara masa mustajab berdoa ialah ketika doanya dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat, waktu di antara azan dan iqamah, ketika sujud dalam sembahyang, pada bulan Ramadan, pada malam Lailatul Qadar, hari Arafah, pada waktu turunnya hujan, pada satu pertiga malam dan selepas menunaikan sembahyang fardu.

Namun, yang mendukacitakan, ada segelintir orang yang tidak mengambil berat amalan berdoa di mana, setelah selesai mengerjakan sembahyang, mereka akan terus bangkit tanpa berdoa terlebih dulu. Ingatlah bahawa orang yang tidak mahu berdoa dianggap sebagai orang yang sombong kepada Allah. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa, mudah-mudahan kita semua memperoleh rahmat dan keredaan-Nya di dunia serta akhirat kelak.

~Ya Allah perkenankanlah~
 

Aug 15, 2011

Belajar Edit Blog

Assalamualaikum
sangat letih menghadap laptop.. tp alhamdulillah sebab gune laptop abang. Besar ckit.. senang.. Jangan marah ye abang. hehe. Hari ni surf internet cari2 template utk blog..


Sebenarnya x panda pon psl blog ni. Dari awal sampai akhir sendiri je. Abang ade ajar ckit2 je yg lain usaha sendiri. Kalu x ok tu padan lah dengan belajar sendiri2 kan kan kan... hehe

Baru sekarang berpuas hati ckit dengan keadaan blog ni.. Cume "waktu solat" x ubah warna lagi.. sebab x panda. yang 2 aku nk serah pd abg ble abang blik 6ti.. xsabar jgk nk tnjuk wajah baru blog ni kat abang. Nk berlagak pandai ngn die..ngeh3..

Pada yang baru2 nk belaja bina blog ni, ni website yg ajar aku utk advancekan lg blog ni.. Semoga membantu (^_______~)

Aug 14, 2011

Tambah Koleksi Buku

Assalamualaikum
(^_______^) senyum lebar g2.. 
Tandanya ade something yg gumbira..hehe.
Semalam 13 Ramadhan pi date ngn Mr Cinta, 
my beloved husband.. 
bukan pi mana pn, juz pi Kulim jalan2 tengok buku kt Landmark Books, Kulim. Kebetulan kt c2 ade bt promosi sempena Ramadhan, 
start semalam 13 Ogos - 25 Ogos ni.

kami pi dlm kul 3.30 ptg.. dah agak lewat sbb kalau duk umh da mula masak  juadah puasa. Sebelum tu da buat puding laici utk pencuci mulut hari ni pah2 ujan plak. Ingat da x jd pi. Gara2 aku yg nk sangat bli satu buku ni, 
suamiku sanggup je ckp ya demi isteri tercinta.. ngeh3.. 
syukran abang. 
::I LOVE U SO MUCH::


Sebenarnya aku ni duk cari novel
7 hari mencintaiku karya Siti Rosmizah 
tp kt kedai buku 2 x de la plk. 
Kt Popular mmg ada sbb aku tgk dari c2 la 
yg jd semangat aku nk bli. emm.. 
xpe2 xde rezeki aku bli novel 2.. 
save bajet jgk la sbb novel tu harga die rm 32.90. 
Tp da mmg hantu novel.. ble dapat jd pemilik novel tu yg jd satu kepuasan..


Buku 1 lg yg aku nk sgt ni.. Selera Dapur Anis. Ni pun excited nk bli sbb tgk kt Popular mase pi date ngn suami ku Sunway Carnival Mall, Penang. Aku ni xpndai sgt pn masak, tp smgt nk cube tu memang selalu ade.. hehe. Alhamdulillah buku ni da jd milik aku & suami

Jom tgk buku yg kami beli semalam

~Mesti rajin memasak lepas ni~
~Buku terbaru ust Pahrol~
Sebab x dpt beli novel, aku bli buku..
mula2 abg cam ragu2 bes ke x.. 6pak kat cover bes.
tp isi blum tentu bes. Sbb nk ambik hati aku, takut ngajuk lg, abg beli jgk..
 bukak2 n try bace.. bg aku bes buku ni. x rugi beli. Alhamdulillah


~ni buku abang, tp buku aku jgk la kirenya..hehe~
~5 buah = RM 132.70~


Quran Saintifik tu da lame nk.. mase abg dpt anugerah buku Universiti lagi. Baru sekarang dapat. suke3.. Abis dt sbb buku. Tp bg aku xpe sbb xdikire membazir pun sbb kita dapat pengetahuan dari 2.. & adakalanya manusia boleh terkesan dengan isi kandungan sesebuah buku 2..


......Terima kasih yg x terhingga bt abang......

Aug 13, 2011

Terima Kasih Ibu

Sangat2 sedih, terharu.. bila bace artikel ini dalam http://www.iluvislam.com/. Kisah benar yang sangat menyayat hati bagi sesiapa yang mengenal erti kasih sayang seorang ibu pada anaknya. 

Kata orang, kasih ibu tidak bertepi. Syukurlah bagi yang anak-anak yang mempunyai ibu seperti Puan Jamilah yang berada di samping anaknya Iqbal Fahreen yang sedang menderita sakit. Tiada air mata kerana baginya air mata akan melemahkan semangatnya, segalanya hasrat anaknya ditunaikan kerana anaknya tiada lagi harapan untuk teruskan hidup di dunia fana ini.. 

Sungguh bertuah si ibu ini kerana ada pertama hati yg bakal membantunya di akhirat kelak. Subhanallah.. Maha penyayang Allah, memberikan ujian pada manusia di dunia & di sebalik ujian itu mengandungi sejuta hikmah untuk insan yg berfikir. Alhamdulillah

Rahsia Si Manja Cerdas


Kali ini saya berminat plak nk kongsi dengan ibu @ bakal ibu seperti saya (coming soon hehe), isteri @ bakal isteri di luar sana terutamanya mengenai rahsia si manja cerdas. Ni kes sebab teruja sangat baca majalah Pa & Ma bulan Julai.

Lepas tu excited plak suh suami belikan majalah ni utk bulan Ogos. Mujurlah suami sangat memahami walaupun xde rezeki lg buat mase ni. Sekarang ni sangat2 x sabar tggu keluaran bln September plak.. sabar2...

Saya listkan 15 aktiviti da la.. letih menaip banyak2.. kalau nk lebih2, kne bli majalah ni sendiri..ngeh2

::Kenal wajah anda::
Dia merenung anda sambil memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

::Tahu apabila namanya dipanggil::
Anda memanggil namanya & dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucap setiap hari.

::Berminat objek yang terang::
Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek @ permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya.

::Boleh membuka & menutup genggaman tangan::
Cubalah permainan seperti "cak cekur" sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam & dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa bahkan semasa minum susu.

::Bergerak dengan yakin::
Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yg disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunjukkan sikap terujanya.

::Aksi spontan::
Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindakbalasnya. Pasti dia akan ketawa!.
::Kenalkan buku::
Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.

~si comel cerdas~
::Menonton televisyen::
Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi & warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika.
::Bergolek ke sana sini::
Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek ke merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih & tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.
::Jatuh dan angkat::
Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipengangnya dari tempat tinggi. Anda angkatkan & berikan kepadanya, kemudian dia menjatuhkan kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya.
::Membebel::
Kadangkala bayi mengeluarkan suara yang tinggi & membebel. Biarka dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi @ mugkin teruja dengan sesuatu objek.

::Ikut mimik muka dan bunyi::
Ajak si manja anda mengikut mimik muka anda. Buat pelbagai aksi lucu @ bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah.

::Lihat dalam cermin::
Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain.
::Kenali wajah ahli keluarga::
Letakkan gambar wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang di sekelilingnya.

::Menjerit::
Pernah dengar si manja tiba-tiba menjerit?! ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri.

.....semoga bermanfaat.....

Solat Sunat Dhuha

Alhamdulillah.. 
Terima kasih Allah kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah berpuasa pada tahun ini. Kali ini saya terpanggil utk berkongsi dengan sahabat-sahabat berkaitan solat sunat dhuha yg ada kalanya kita leka dalam melaksanakannya. Perkongsian ringkas ini saya petik daripada buku:
 
~Solat Sunat Pilihan~
karangan Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri 
terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Firman Allah dalam surah al-Dhuha, ayat 1-2 yg bermaksud: 
"Demi waktu pagi. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi."

Allah telah bersumpah dengan dua waktu yang jernih hening dan menghubungkan antara alam dengan perasaan2 jiwa serta menyarankan kepada hati manusia supaya mempunyai hubungan mesra dengan alam dan tidak merasa sepi di alam ini. 

Solat sunat dhuha ini amat penting sehinggakan ia menjadi kelaziman kepada Rasulullah dalam melaksanakannya. Sudah pasti banyak sir dan hikmah berhubung dengan solat dhuha ini. Antara fadhilat yg boleh kita perolehi daripada solat dhuha ialah dimurahkan rezeki oleh Allah swt selaras dengan hadith yg diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Ya'la, Daripada Uqbah bin Amir al-Jahni, Rasulullah saw bersabda: Susungguhnya Allah swt berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud:

"Hai anak Adam cukupkan bagiKu pada awal  hari dengan empat rakaat Dhuha nescaya Aku cukupkan bagimu dengannya seluruh harimu."

Selain itu, bagi umat Islam yang mengamalkan solat sunat Dhuha dengan sebenar-benar ikhlas, Allah akan memberikannya pahala & mengampunkan dosanya. Daripada Abu Umamah katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Apabila seseorang itu solat empat kali sujud iaitu dua rakaat ketika waktu terbitnya matahari sebagaimana keadaan tenggelamnya matathari pada waktu solat Asar, nescaya dia akan mendapat pahala pada hari tersebut. Dan aku rasa baginda telah bersabda: "Dan akan dihapuskan segala kesalahan & dosanya." Dan aku juga merasakan beliau bersabda: "Jika sekiranya beliau mati pada hari tersebut nescaya dia akan masuk syurga."

Sebenarnya banyak lagi fadhilat solat sunat dhuha seperti dipelihara Allah, dianggap sedekah bagi segala anggota badannya dan seumpamanya.Hukum solat sunat dhuha mengikut jumhur ulama' sunat dilakukan secara berterusan selaras dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

"Amalan yang paling disukai di sisi AllahTaala ialah sesiapa yg melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit."

Mengenai bilangan rakaat pula, paling sedikit ialah sebanyak dua rakaat dan paling banyak ulama' berselisih pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan lapan dan ada juga yg menyatakan dua belas rakaat. 

Di sini saya kongsikan juga antara doa yg boleh dibaca selepas selesai solat sunat dhuha


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu & perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 
& jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah 
& jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. 
keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah 
limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. 
amin!

Moga2 dengan perkongsian yg sedikit ini bakal merubah penghidupan kita. Semoga kita dapat memanfaatkan sisa-sisa hidup yang berbaki ini dengan melaksanakan solat sunat dhuha setiap hari. insyaAllah

Aug 11, 2011

Mintak Share @ Bantu Usaha

 ~Share this Video~

Rayuan Ramadhan adalah program tajaan berbuka puasa dan sedekah kepada umat Islam yang lebih memerlukan di 14 buah negara iaitu Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Palestin, Malaysia, Mindanao, Iraq, Selatan Thailand, Indonesia, Afghanistan, Sudan, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar.

Usaha menyantuni ini telah dilaksanakan hampir 12 tahun lamanya dengan membuka ruang dan peluang untuk penderma budiman menyalurkan sumbangan kepada umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang di jalan Allah.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 03-41089669 atau layari www.ramadhan-qurban.org atau emel rayuan@ramadhan-qurban.org.
Facebook : https://www.facebook.com/RayuanRamadhan
SMS & Tel 24jam: 019-3696650


Ketua Wanita Dalam Syurga


Assalamualaikum. 
Jom dengar kuliah ustaz Kazim. Tajuk : "Ketua Wanita Dalam Syurga"..yang ni bahagian 1. Syukran bt tul!p dEsa yang suggest kt group akhowat thanawi SMAASZA 2004 -2006. Mudah mudahan kita jd solehah. ameen




Ni bahagian 2 plak..

Sebelum Nikah..


 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.”
Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 ini telah membuktikan bahawa percintaan itu perlu untuk tujuan perkahwinan dan dibenarkan untuk mempunyai rasa kasih dan sayang sebelum wujudnya ikatan perkahwinan tersebut.

Namun mesti ingat! Ada syarat tertentu yang perlu dijadikan panduan dan sempadan agar lelaki dan perempuan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain, dalam batasan agama demi mendapat dan merasai kesesuaian hidup sebagai suami dan isteri dengan pasangan masing-masing.

Secara mudah, tiga aspek utama mesti dititikberatkan dan diambil perhatian iaitu tatacara pergaulan, tatacara pertuturan dan tatacara luahan perasaan.

Menyentuh mengenai pergaulan, bercinta dan bertunang sama sekali tidak memberikan kebebasan bergaul seperti telah mempunyai ikatan yang sah. Ramai pasangan yang bercinta dan bertunang pada masa kini bergaul tidak menurut kehendak syarak. 


Mendedahkan aurat kepada pasangan adalah HARAM!. Bukan sekadar mendedahkan aurat malah haram juga bersentuhan apatah lagi bersentuh tanpa alas atau lapik. Bersentuhan walau berlapik tetapi jika boleh menimbulkan syahwat , hukumnya juga HARAM!

Contoh mudah, jika kita terpegang anjing atau khinzir, kita mesti menyamak tempat bersentuhan itu dan kembali suci, malangnya jika kita bersentuh dengan pasangan kita, nauzubillah.. perlunya bertaubat dan meminta ampun dari Allah SWT!.

Dari segi pertuturan pula, jika cara bercakap, bergurau dan apa sahaja yang boleh menimbulkan keghairahan pihak satu lagi atau menyebabkan kelalaian daripada menunaikan tuntutan agama, maka ia dikira melanggar tatacara bercinta menurut syarak.

Sama juga dalam meluah perasaan. Sebelum perkahwinan, berpada-padalah dalam mengungkapkan sayang. Biarlah sekadar memaklumkan perasaan tersebut kepada pasangan. Cuba kita fikir, andainya diluahkan perasaan sayang setiap hari, pasangan kita mesti akan terasa jemu dan ungkapan itu dilihat tiada nilainya lagi. Luahan selepas terbinanya ikatan perkahwinan itu lebih berharga untuk menyemai perasaan sayang dan cinta pada pasangan.

Lebih-lebih lagi jika ada pasangan yang bercinta yang melafazkan keinginan untuk memeluk pasangan, mencium pasangan dan lebih dari itu. Astaghfirullah!! Jangan biarkan keinginan nafsu tersebut menguasai emosi dan minda kita. Ingatlah.. keberkatan dan kebahagiaan di alam perkahwinan bermula dari kita menjaga perhubungan dan ikatan pertunangan dengan sebaiknya.

Perkahwinan adalah amanah dariNya,
jangan nodai amanah suci itu tatkala nafsu menguasai akal.
Fikir-fikirkanlah.

Persis Suami Isteri

"Islam melarang perhubungan di alam pertunangan 
yang tidak menjaga batas batas pergaulan"

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a, daripada Nabi s.a.w., baginda telah bersabda: 

“Janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri) dengan seorang wanita (ajnabiyyah) melainkan ia (wanita tersebut) bersama mahramnya.” 
(riwayat Bukhori dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan betapa Islam amat memelihara dan menjaga maruah setiap umatnya tidak sepertimana penganut agama-agama lain yang batil. Demikian juga Islam menutup segala pintu (kemungkinan) yang boleh membawa kepada musnah dan binasanya maruah serta harga diri tersebut. Antaranya apabila seorang lelaki muslim bersunyi-sunyian dan seorang wanita ajnabiyyah tanpa ditemani mahramnya. 

Bersunyi-sunyian dengan wanita ajnabiyyah merupakan satu sebab berlakunya perbuatan keji yang diharamkan oleh Allah SWT. Justeru itulah Islam mengharamkan apa jua alasan umatnya yang berkeadaan yang mengundang fitnah tersebut. 

~maksiat punca gelapnya hati~
Antara senarai mahram bagi seorang wanita ialah suaminya atau semua orang yang tidak sah berkahwin dengannya seperti datuknya, ayahnya dan saudara lelakinya. Seandainya seorang wanita Islam ingin bertemu dan berbincang dengan tunangnya sekalipun, maka wajib ada bersama wanita tersebut salah seorang dari mahramnya. 

Ternyata apa yang banyak berlaku di antara pasangan yang bertunang dewasa ini adalah sesuatu yang amat dilarang keras oleh agama. Perhubugan yang persis suami isteri di dalam pertunangan adalah jelas haram hukumnya dalam Islam. Hukum haram berdua-dua itu tidak semestinya apabila berlaku zina sahaja. Duduk bersunyi-sunyian itu sendiri adalah haram. Islam bukan sahaja melarang umatnya melakukan zina tapi melarang mereka dari mendekati asbab-asbab yang membawa kepada zina.

“Pencegahan lebih baik daripada merawat.”
Sama-sama lah kita hindari..

Dia Maha mengetahui Segalanya

::Melangkah itu memang mudah::
::Namun mencari arah itu yang terkadang payah::


::Mencari jalan itu mudah::
::Namun memahami destinasi itu yang susah::


::Menyusur susur itu mudah::
::Namun mencari noktah::
::itu pasti mendatangkan lelah::
~never give up~

::Dalam semua ini::
::Menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah::


::Namun Dia amat paham::
::Bagi hambaNya::
::Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik::


::Hanya perlu untuk melakukan yang terbaik::
::Meletakkan sandaran & keyakinan penuh kepada-Nya::

::Lantas nescaya::
::Dia akan menguruskan yang selebihnya:: 
::Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia::


Moga perjalanan kita sentiasa
di dalam landasan & penjagaan Allah SWT
AMEEN

Isteri Pembangun Jiwa


Di belakang seorang suami berjaya, pasti ada seorang isteri yang sentiasa meniup semangat juangnya.

Peranan seorang isteri bukan sahaja penyejuk hati suami, malah ia boleh memberi kesan kepada negara.. bagaimana?? jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenang oleh isteri dan anak-anak sebagai penyejuk mata, maka si suami pasti akan menjadi seorang yang bijak dan tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya. Dan kebijaksanaannya turut dimanfaatkan oleh masyarakat luar.

Di sini, ku ingin berkongsi dengan sahabat2 yang bakal bergelar isteri kelak dan yang da bersuami mengenai ciri-ciri isteri penenang jiwa. Moga dapat manfaatnya..


~isteri solehah penyejuk di mata, penawar di hati~

1. Isteri yang cerdik

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung dua ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej tinggi. Tetapi, kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahupun duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah lembut. Tutur katanya halus dan berhati-hati agar suami tidak terasa hati. Gurauannya bersahaja sangat menyenangkan jiwa. Dia juga bijak mengangkat nilai suami pada pandangan orang lain dan sentiasa bersedia untuk diajak berbual apa sahaja tanpa rasa jemu dan perasaan layu.

Isteri yang pandai membaca riak rasa seorang suami samada gembira atau sebaliknya, menjadi penguat semangatnya untuk melakukan yang lebih baik pada esok hari. Kerana itu, ada pepatah mengatakan, di belakang seorang lelaki yang Berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniupkan semangat juangnya.

2. Sentiasa mendahulukan suami daripada yang lain

Seorang isteri yang solehah dinilai dari ketaatannya kepada suami dalam apa jua perkara selagi ia tidak melangkaui batasan agama. Kesetiaan pada suami didahulukan daripada orang lain termasuk ibu atau bapa. Keizinan suami sentiasa diminta agar redhanya selalu mengiringi, sehinggakan untuk berpuasa sunat juga isteri perlu meminta izin suami sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:


“Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.”

3. Menguruskan rumah tangga

Tanggungjawab seorang isteri yang tidak kurang pentingnya ialah menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Anak-anak dijaga makan dan pakai, begitu juga suami yang sentiasa dipenuhi keperluan dirinya. Rumah yang bersih, damai dan tenang akan menggembirakan penghuni yang berlindung di dalamnya. Jiwa yang tenang pasti akan melahirkan individu yang ceria gembira. Walaubagaimanapun, untuk menghias rumah, isteri perlu mengikut kemampuan keperluan keluarga. Isteri harus pandai menghargai susah payah suami mencari nafkah buat perbelanjaan seharian.

4. Berhias hanya untk tatapan mata suami

Isteri yang menyintai suaminya tidak akan membiarkan kecantikannya dilihat apatah lagi dinikmati oleh orang lain. Mata, bibir, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk santapan mata suami yang halal baginya. Oleh itu, pakaian dan penampilannya di hadapan suami sentiaa dijaga. Pelupuk mata, pipi dan bibir yang disolek dengan warna menaikkan seri wajah hanya digunakan di hadapan suaminya. Apabila berada di luar rumah, semua itu mesti ditinggalkan. Auratnya ditutup dengan rapid an tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki lain agar keberkatan dalam rumahtangga tetap terpelihara.
insyaAllah, kita sama-sama akan menjadi seorang isteri "QURRATU'AYUN" seorang suami.. ameen..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...