Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 13, 2011

Solat Sunat Dhuha

Alhamdulillah.. 
Terima kasih Allah kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah berpuasa pada tahun ini. Kali ini saya terpanggil utk berkongsi dengan sahabat-sahabat berkaitan solat sunat dhuha yg ada kalanya kita leka dalam melaksanakannya. Perkongsian ringkas ini saya petik daripada buku:
 
~Solat Sunat Pilihan~
karangan Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri 
terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Firman Allah dalam surah al-Dhuha, ayat 1-2 yg bermaksud: 
"Demi waktu pagi. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi."

Allah telah bersumpah dengan dua waktu yang jernih hening dan menghubungkan antara alam dengan perasaan2 jiwa serta menyarankan kepada hati manusia supaya mempunyai hubungan mesra dengan alam dan tidak merasa sepi di alam ini. 

Solat sunat dhuha ini amat penting sehinggakan ia menjadi kelaziman kepada Rasulullah dalam melaksanakannya. Sudah pasti banyak sir dan hikmah berhubung dengan solat dhuha ini. Antara fadhilat yg boleh kita perolehi daripada solat dhuha ialah dimurahkan rezeki oleh Allah swt selaras dengan hadith yg diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Ya'la, Daripada Uqbah bin Amir al-Jahni, Rasulullah saw bersabda: Susungguhnya Allah swt berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud:

"Hai anak Adam cukupkan bagiKu pada awal  hari dengan empat rakaat Dhuha nescaya Aku cukupkan bagimu dengannya seluruh harimu."

Selain itu, bagi umat Islam yang mengamalkan solat sunat Dhuha dengan sebenar-benar ikhlas, Allah akan memberikannya pahala & mengampunkan dosanya. Daripada Abu Umamah katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Apabila seseorang itu solat empat kali sujud iaitu dua rakaat ketika waktu terbitnya matahari sebagaimana keadaan tenggelamnya matathari pada waktu solat Asar, nescaya dia akan mendapat pahala pada hari tersebut. Dan aku rasa baginda telah bersabda: "Dan akan dihapuskan segala kesalahan & dosanya." Dan aku juga merasakan beliau bersabda: "Jika sekiranya beliau mati pada hari tersebut nescaya dia akan masuk syurga."

Sebenarnya banyak lagi fadhilat solat sunat dhuha seperti dipelihara Allah, dianggap sedekah bagi segala anggota badannya dan seumpamanya.Hukum solat sunat dhuha mengikut jumhur ulama' sunat dilakukan secara berterusan selaras dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

"Amalan yang paling disukai di sisi AllahTaala ialah sesiapa yg melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit."

Mengenai bilangan rakaat pula, paling sedikit ialah sebanyak dua rakaat dan paling banyak ulama' berselisih pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan lapan dan ada juga yg menyatakan dua belas rakaat. 

Di sini saya kongsikan juga antara doa yg boleh dibaca selepas selesai solat sunat dhuha


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu & perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 
& jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah 
& jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. 
keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah 
limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. 
amin!

Moga2 dengan perkongsian yg sedikit ini bakal merubah penghidupan kita. Semoga kita dapat memanfaatkan sisa-sisa hidup yang berbaki ini dengan melaksanakan solat sunat dhuha setiap hari. insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...