Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 11, 2011

Persis Suami Isteri

"Islam melarang perhubungan di alam pertunangan 
yang tidak menjaga batas batas pergaulan"

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a, daripada Nabi s.a.w., baginda telah bersabda: 

“Janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri) dengan seorang wanita (ajnabiyyah) melainkan ia (wanita tersebut) bersama mahramnya.” 
(riwayat Bukhori dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan betapa Islam amat memelihara dan menjaga maruah setiap umatnya tidak sepertimana penganut agama-agama lain yang batil. Demikian juga Islam menutup segala pintu (kemungkinan) yang boleh membawa kepada musnah dan binasanya maruah serta harga diri tersebut. Antaranya apabila seorang lelaki muslim bersunyi-sunyian dan seorang wanita ajnabiyyah tanpa ditemani mahramnya. 

Bersunyi-sunyian dengan wanita ajnabiyyah merupakan satu sebab berlakunya perbuatan keji yang diharamkan oleh Allah SWT. Justeru itulah Islam mengharamkan apa jua alasan umatnya yang berkeadaan yang mengundang fitnah tersebut. 

~maksiat punca gelapnya hati~
Antara senarai mahram bagi seorang wanita ialah suaminya atau semua orang yang tidak sah berkahwin dengannya seperti datuknya, ayahnya dan saudara lelakinya. Seandainya seorang wanita Islam ingin bertemu dan berbincang dengan tunangnya sekalipun, maka wajib ada bersama wanita tersebut salah seorang dari mahramnya. 

Ternyata apa yang banyak berlaku di antara pasangan yang bertunang dewasa ini adalah sesuatu yang amat dilarang keras oleh agama. Perhubugan yang persis suami isteri di dalam pertunangan adalah jelas haram hukumnya dalam Islam. Hukum haram berdua-dua itu tidak semestinya apabila berlaku zina sahaja. Duduk bersunyi-sunyian itu sendiri adalah haram. Islam bukan sahaja melarang umatnya melakukan zina tapi melarang mereka dari mendekati asbab-asbab yang membawa kepada zina.

“Pencegahan lebih baik daripada merawat.”
Sama-sama lah kita hindari..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...