Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Feb 28, 2011

Khasiat Kacang Hijau

Kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus Radiatus L, yang dipercayai berasal dari India mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, zat besi, karotena dan beberapa jenis mineral penting seperti fosfor serta kalsium yang amat diperlukan tubuh.

Kandungan lemak di dalam kacang hijau dapat membantu usaha individu yang sedang berdiet. Gizi di dalam kacang hijau pula mampu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), membantu mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar. Selain itu, protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau dapat membantu tumbesaran terutamanya golongan kanak-kanak. 

Kacang hijau juga dilaporkan dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan. Kekurangan seseorang mengambil kekacang boleh mengehadkan zat untuk tubuh mereka, tetapi pengambilan berlebihan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif. Kacang hijau juga boleh menurunkan suhu badan yang panas akibat demam panas.

~kacang hijau yang bes!~
~lepas ni pakat ramai-ramai makan bubur kacang hijau~

Luahan Hati Seorang Isteri

DariMu aku dijadikan, 
sumbanganMu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

Dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

Salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

Aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

::kehadiranmu melengkapkan aku..
 terima kasih habibi::
Atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

Nukilan isterimu, atiQhah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...