Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mar 31, 2018

ESP Protein Soya Terbaik

5 Tips memilih protein yang terbaik


1. Protein tumbuhan vs protein berasaskan haiwan

Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimana pun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya dalam kalangan warga tua.


2. Kandungan kolestrol tinggi vs kolestrol rendah


Protein berasaskan tumbuhan mempunyai sifar kolestrol

3. Kandungan tinggi lemak vs rendah lemak

Ayam mengandungi tingi lemak dan trans fat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.


4. GMO vs bukan GMO

GMO (organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.


5. Sumber semulajadi atau sumber yang diproses

makanan yang diproses mungkin akan kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium yang menguatkan tulang dan gigi.


Kelebihan Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee ini ialah :


1. Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan
2. Tinggi kalsium
3. Membekalkan 9 asid amino
4. Tanpa kolestrol
5. Menurunkan kadar kolestrol

Berminat dengan ESP Shaklee? 

Boleh hubungi saya di 013 970 1531 (Nurul Atiqhah Tolohah) SID Sungai Petani dan seluruh Malaysia

Apr 16, 2012

Derma Darah Kebangsaan

Assalamualaikum semua. Lame x update blog ni.. Ari ni sy sgt hepi, gembira, dan sewaktu dengannya.. Alhamdulillah dapat jgk & diberi kesempatan oleh Allah menderma darah kali keenam & kali pertama dengan Pusat Darah Negara pada ari ni 16 April 2012. 1st time derma darah masa Program Hari Terbuka Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan tahun 2008 oleh unit transfusi (HUSM). Sangat syg sbb x satukan list menderma 2 n ltk dlm satu sijil.. guna yg HUSM ja.. tp lupa bawak time menderma bt kali ke 2 kt UMKL dgn PPUM.. jdnya sekarang guna sijil yg PPUM punye.. hehe. x pe lah, yg penting da selamat bagi darah saya ni kt orang yg memerlukan di luar sana sebanyak 6 kali. Alhamdulillah.Mudah Mudahan Allah berkati & menjadi ibadat bt diri ini. 

1x (HUSM) + 4x (PPUM) + 1x (PDN) = 6x...^__^ 

 Sebenarnya nk share sal hukum menderma darah dan penggunaan darah orang Islam kepada orang bukan Islam dan sebaliknya dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Sebab ada dalam kalangan kita x brp nk sure boleh ke x derma darah n kt orang bukan Islam or sebaliknya. Ni keputusannya... 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Menderma darah hukumnya harus.
     
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
     
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
     
Keterangan/Hujah: 
  1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
     
  2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
     
  3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”
    .
     
  4. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”. 

Apr 2, 2012

9 PEMBAZIRAN

Assalamualaikum semua.
Suka sy nk berkongsi dengan sahabat semua mengenai 9 pembaziran yg dilakukan manusia menurut Ibnu al-Qayyum al-Jauziah. Info ni sy 'celup' daripada majalah feveret sy Pa&Ma ^__^

1. Pembaziran ilmu pengetahuan
iaitu ilmu yang tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan
iaitu amalan yang tidak dilakukan dengan ikhlas.

3. Pembaziran kekayaan
iaitu harta yang dibelanjakan kepada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah swt.

4. Pembaziran hati
iaitu hati yang tidak kasihkan Allah swt.

5. Pembaziran tubuh badan
iaitu tubuh yang tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah swt.

6. Pembaziran cinta
iaitu cinta yang dicurahkan kepada selain Allah swt @ melebihi cinta kepadaNya.

7. Pembaziran masa
iaitu masa yang tidak digunakan sebaiknya.

8. Pembaziran akal
iaitu akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna pada agama.
9. Pembaziran zikir
iaitu zikir yang tidak memberi kesan pada hati

Moga dengan perkongsian yg sedikit ini dapat memberi kesan kepada kita agar dapat menjadi hambaNya yang soleh & solehah. insyaAllah (^___~)

Khasiat Susu Ibu

Assalamualaikum...

Biarlah gambar yg bercerita pd entri kali ni.. ni kes malas menulis & melalut..hehe.. mg Allah beri sy peluang utk berikan hak anak sy suatu hari nanti.. insyaAllah.

Voting 4 Breastfeeding!!!

Yang Terindah

10 Jun 2010  


26 November 2011


Next??.... ^__^

Apr 1, 2012

Nutrisi 123 (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua.. 
Sekarang da cuti mid sem. Suka3..!!sebab dlm mase seminggu ni dapat la pandang2 muka cik abang yang hensem ni puas2.. dapat meredakan kerinduan yg bertakhta kt hati ni setiap kali minggu2 kuliah. cewah..^__^ Seksa tau.. Bila abang hantar nek bas kt hentian Serdang (biasanya) hati da mula rase sgt2 x bes.. kalu balik 2, 3 hari dapat ja tahan air mata dpn abg.. dalam bas nangis puas2.. tp ble cuti berminggu or berbulan2 mula la tunjuk muka sedih. Air mata pn mencurah2.. haha.. lucu tp tu la adat suami isteri yg bercinta jarak jauh.. saya mesti selalu sabar & redha, insyaAllah 2 semua dpt mengeratkan lagi kasih sayang & cinta antara kami.. insyaAllah (w/pn ada gaduh2 manja) hehe...

Sebenarnya nk cite2 ttg nutrisi herbalife yg tergantung kat sini tp da byk melalut ja kt ats 2.. nk dijadikan cite, lps belikan utk abang, sy n pujuk abang nk jugak minum.. abis dt abang. da tau mahal tp nk jugak.. sbb berkahsiat tu yg penting. ble dpt lampu hijau drpd cik abang, alhamdulillah dpt beli utk diri sendiri lak..

 2 shaker cup (utk abang & sy) + 1 herbal aloe-utk penghadaman +
 F1 (tropical fruit-bes!!)- mknan canggih
+ tea mix (Peach)- utk kwl berat bdn & mberi tenaga 
+ sudu (10) sbb x boleh beli satu2...

Ni la 1st time ad nutrisi sendiri.. tarikhnya kalu x silap 19 Mac 2012 pi HQ, sekali lagi dgn housemate. Tarikh ni bermulanya sy ber"HERBALIFE"..^__^. Sbb pagi sebelum pg HQ minum yg kawan, sapa termuntah2 sbb malam tu x mkn. Perut da msuk angin. tp alhamdulillah da dekat 2 minggu minum sendiri nutrisi ni, da lawas nk membuang tiap2 hari sbb sebelum ni mmg ada mslh x lawas ni. Migrain pn x singgah lagi. Mg Allah kekalkan kesihatan ni sapa bila2.. & yg plg pnting, misi menaikkan berat badan utk jd mom to be^__^....insyaAllah. doakan ya semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...