Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Apr 16, 2012

Derma Darah Kebangsaan

Assalamualaikum semua. Lame x update blog ni.. Ari ni sy sgt hepi, gembira, dan sewaktu dengannya.. Alhamdulillah dapat jgk & diberi kesempatan oleh Allah menderma darah kali keenam & kali pertama dengan Pusat Darah Negara pada ari ni 16 April 2012. 1st time derma darah masa Program Hari Terbuka Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan tahun 2008 oleh unit transfusi (HUSM). Sangat syg sbb x satukan list menderma 2 n ltk dlm satu sijil.. guna yg HUSM ja.. tp lupa bawak time menderma bt kali ke 2 kt UMKL dgn PPUM.. jdnya sekarang guna sijil yg PPUM punye.. hehe. x pe lah, yg penting da selamat bagi darah saya ni kt orang yg memerlukan di luar sana sebanyak 6 kali. Alhamdulillah.Mudah Mudahan Allah berkati & menjadi ibadat bt diri ini. 

1x (HUSM) + 4x (PPUM) + 1x (PDN) = 6x...^__^ 

 Sebenarnya nk share sal hukum menderma darah dan penggunaan darah orang Islam kepada orang bukan Islam dan sebaliknya dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Sebab ada dalam kalangan kita x brp nk sure boleh ke x derma darah n kt orang bukan Islam or sebaliknya. Ni keputusannya... 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Menderma darah hukumnya harus.
     
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
     
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
     
Keterangan/Hujah: 
  1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
     
  2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
     
  3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”
    .
     
  4. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”. 

Apr 2, 2012

9 PEMBAZIRAN

Assalamualaikum semua.
Suka sy nk berkongsi dengan sahabat semua mengenai 9 pembaziran yg dilakukan manusia menurut Ibnu al-Qayyum al-Jauziah. Info ni sy 'celup' daripada majalah feveret sy Pa&Ma ^__^

1. Pembaziran ilmu pengetahuan
iaitu ilmu yang tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan
iaitu amalan yang tidak dilakukan dengan ikhlas.

3. Pembaziran kekayaan
iaitu harta yang dibelanjakan kepada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah swt.

4. Pembaziran hati
iaitu hati yang tidak kasihkan Allah swt.

5. Pembaziran tubuh badan
iaitu tubuh yang tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah swt.

6. Pembaziran cinta
iaitu cinta yang dicurahkan kepada selain Allah swt @ melebihi cinta kepadaNya.

7. Pembaziran masa
iaitu masa yang tidak digunakan sebaiknya.

8. Pembaziran akal
iaitu akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna pada agama.
9. Pembaziran zikir
iaitu zikir yang tidak memberi kesan pada hati

Moga dengan perkongsian yg sedikit ini dapat memberi kesan kepada kita agar dapat menjadi hambaNya yang soleh & solehah. insyaAllah (^___~)

Khasiat Susu Ibu

Assalamualaikum...

Biarlah gambar yg bercerita pd entri kali ni.. ni kes malas menulis & melalut..hehe.. mg Allah beri sy peluang utk berikan hak anak sy suatu hari nanti.. insyaAllah.

Voting 4 Breastfeeding!!!

Yang Terindah

10 Jun 2010  


26 November 2011


Next??.... ^__^

Apr 1, 2012

Nutrisi 123 (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua.. 
Sekarang da cuti mid sem. Suka3..!!sebab dlm mase seminggu ni dapat la pandang2 muka cik abang yang hensem ni puas2.. dapat meredakan kerinduan yg bertakhta kt hati ni setiap kali minggu2 kuliah. cewah..^__^ Seksa tau.. Bila abang hantar nek bas kt hentian Serdang (biasanya) hati da mula rase sgt2 x bes.. kalu balik 2, 3 hari dapat ja tahan air mata dpn abg.. dalam bas nangis puas2.. tp ble cuti berminggu or berbulan2 mula la tunjuk muka sedih. Air mata pn mencurah2.. haha.. lucu tp tu la adat suami isteri yg bercinta jarak jauh.. saya mesti selalu sabar & redha, insyaAllah 2 semua dpt mengeratkan lagi kasih sayang & cinta antara kami.. insyaAllah (w/pn ada gaduh2 manja) hehe...

Sebenarnya nk cite2 ttg nutrisi herbalife yg tergantung kat sini tp da byk melalut ja kt ats 2.. nk dijadikan cite, lps belikan utk abang, sy n pujuk abang nk jugak minum.. abis dt abang. da tau mahal tp nk jugak.. sbb berkahsiat tu yg penting. ble dpt lampu hijau drpd cik abang, alhamdulillah dpt beli utk diri sendiri lak..

 2 shaker cup (utk abang & sy) + 1 herbal aloe-utk penghadaman +
 F1 (tropical fruit-bes!!)- mknan canggih
+ tea mix (Peach)- utk kwl berat bdn & mberi tenaga 
+ sudu (10) sbb x boleh beli satu2...

Ni la 1st time ad nutrisi sendiri.. tarikhnya kalu x silap 19 Mac 2012 pi HQ, sekali lagi dgn housemate. Tarikh ni bermulanya sy ber"HERBALIFE"..^__^. Sbb pagi sebelum pg HQ minum yg kawan, sapa termuntah2 sbb malam tu x mkn. Perut da msuk angin. tp alhamdulillah da dekat 2 minggu minum sendiri nutrisi ni, da lawas nk membuang tiap2 hari sbb sebelum ni mmg ada mslh x lawas ni. Migrain pn x singgah lagi. Mg Allah kekalkan kesihatan ni sapa bila2.. & yg plg pnting, misi menaikkan berat badan utk jd mom to be^__^....insyaAllah. doakan ya semua.

Mar 21, 2012

My Nutrition 123

Assalamualaikum semua..Da lama nk berkongsi tentang nutrisi 123 HERBALIFE yang saya ambil sejak 23 Februari 2012.  Baru lagi.. Walaupun pada awalnya hanya niat untuk mencuba pakej 8 hari (RM 95) dengan sahabat serumah Afifah, tp sekarang da daftar ahli & ada nutrisi sendiri. Alhamdulillah. Saya mohon cuma satu, moga Allah murahkan rezeki saya dan suami untuk terus membina kehidupan yang sihat bersama permata hati & generasi kami yang akan datang kelak. Matlamat saya untuk membina keluarga sihat dengan nutrisi 123 ini. Moga Allah kabulkan. amin!.

Nk dijadikan cerita mase minum yg pakej under sahabat serumah, cam tak ada apa2 kesan pn. Cuma hari ke 3 hingga akhir, asyik duk sakit kepala ja lps minum yg 1 & 2.. tp alhamdulillah Allah bg peluang lg untuk teruskan juga. Sambil2 tu duk promote kt my hubby jgk sal ni. Boleh abang kuruskan badan n resdung abang. Sayang cuma nk abang sihat je & bahagia bersama. Bila duk tengok abang start selsema, mulalah rase sakit jgk.. bukan kejap2.. 1 hari x berhenti2.. mg lps minum ni, abang akan beransur pulih. amin!.

Bila abang da redha, saya turun ke tempat pengedaran produk Herbalife di Pudu. 1st time pergi dgn Afifah sbb semangat nk belikan untk abang.. hehe. sekali dengan beli Pek Bisnes Antarabangsa untuk daftar ahli. xsilapnya 7hbln 3 baru ni pi HQ.. Saya balik Kedah 9hbln tu wt balik sekali ngan nutrisi 123 utk abang..

Nk tau sambungannya lg? next entry.. da letih menaip..

Ni gmbr utk nutrisi 123... ehsan google..^__^



Sebelum terlupa.. 
Herbalife bukan ubat @ supplement tapi....
 makanan gantian dan nutrisi yang berkhasiat

Nikmat Jiwa Rasa

Assalamualaikum. Hari ni sy terkesan dengan pembelajaran subjek fakulti pendidikan, Kepimpinan Diri dan Organisasi (KDO).. xtau la sahabat2 sy yg lain camne.. Rase cam nk nangis je duk dlm kelas pagi td.. Penerangan pensyarah kami Dr. Hailan betul-betul menggugah perasaan sy. Hari ni pembentangan kump 3 berkenaan SQ (Spiritual Quotient) & Kepepimpinan. Bukan saya xambik perhatian masa sahabat2 bt pembentangan, cuma persoalan2 yg kami lemparkan dlm kuliah td membuatkan sy terfikir ramai antara sahabat2 yg kurang jelas dengan persoalan ini.

Bila Dr mengambil alih sesi perbincangan, penjelasan mengenai SQ membuatkan sy berfikir... adakah sy telah sampai ke tahap itu? ke tahap jiwa rasa. Jiwa kita yg merasai alangkah bermaknanya sebuah kehidupan andainya rahmat Allah itu ada di jiwa. Persoalan demi persoalan yang diutarakan Dr. antaranya 3 persoalan yg membuatkan sy termenung panjang.. adakah pemikiran kita ini dipengaruhi kebendaaan? adakah pemikiran kita ini diperngarhi perasaan @ adakah pemikiran kita ini mempunyai jiwa rasa? iaitu ada sentuhan jiwa bila  mendapat sesuatu benda or sesuatu penghargaan...

Betapa susahnya kita nk sampai pada Tuhan andainya pemikiran kita untuk kejar kebendaan semata-mata. Sebagai cth yg Dr bagi.. dapat kereta suka, gembira.. tp adakah kita gembira itu sampai jiwa merasainya? @ ia hanya berada di akal semata2.. begitu juga betapa tenangnya hati kita bila dipeluk oleh kedua orang tua kita.. Tp adakah itu sampai ke jiwa @ rohani kita atau sekadar tenang pada perasaan kita je? dan andainya setelah sekian lama kita berdoa untuk mencapai sesuatu perkara & Allah telah memakbulkannya, mesti kita sangat merasakan sentuhan jiwa & hubungan kita dengan pencipta kita sangat erat..

Jagalah hati dari perkara yang melalaikan

Itulah nikmat solat.. yang mengajar kita supaya khusyuk padaNya, supaya hubungan kita denganNya kuat sehinggakan musibah yang terjadi pada kita, cacian daripada orang lain tidak membuatkan kita putus asa sbb rahmat Allah itu dah meresap ke dalam jiwa kita. Belajarlah bermujahadah & berusahalah untuk mencapai ke arah yang tertinggi iaitu hubungan baik dengan pencipta.. Terima kasih Allah kerana membuatkan sy berfikir tentang ini. Terima kasih Dr atas penjelasan Dr yang sangat2 bes tentang kepimpinan Rabbani.

Ya Allah, kami sangat hina di sisiMu, Engkau jgn biarkan kami sendiri, Engkau tunjukkan kami jalan untuk mendekatkan diri padaMu... Mg apa yang kami kerjakan ini bermatlamatkanMu.. ya Allah.. amin ya Rabbal 'Alamin.

Mar 15, 2012

Untukmu Wanita Bernama Muslimah


seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Bukan dan tidak sama sekali..

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita… 
jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita…
 jangan dibanggak dengan ilmu duniawiyang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita…
 jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah…
 jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada

..istiqamah dalam melaksanakan perintahNya..
wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,


“Wanita hiasan dunia… 
Seindah hiasan adalah wanita solehah”

sumber: halaqah.net

Mar 7, 2012

Semoga Kalian Bahagia

Assalamualaikum wbt...
Ucapan tahniah buatmu sahabat.. 

1. Ruhasni Abdullah
 ::Sahabat se "TERENGGANU" & se "UM"::

::semoga menjadi isteri solehah::
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT HASNI & ZAMIR
moga bahagia dalam keredhaan Allah & dikurniakan zuriat soleh & solehah
serta berkekalan hingga ke syurga...
 maaf sbb x dpt penuhi jemputan sbb tqh di kedah mase tu.. 
apa-apa pun, doa tqh & suami sentiasa mengiringi kebahagiaan kalian
AMIN!!


2. Nurul Diana Rabi 
::sahabat se "SMAASZA"::

::penyejuk hati suami, insyaAllah::

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DIANA & HANAFIAH
moga bahagia dalam redhaNya & 
dikurniakan zuriat soleh solehah serta berkekalan hingga ke syurga..
AMIN!!
Maaf tqh xdpt hadirkan diri sbb ade kt KL ni.. =( 
apa pn 6ti kita buat renion utk puak2 thanawi deh..


3. Adeq Norul Ibtisam
::junior se "SMAASZA"::

::ikatan suci 2 hati::

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NOYUE & WAFI
moga bahagia dalam redhaNya & 
dikurniakan zuriat soleh solehah serta berkekalan hingga ke syurga..
AMIN!!
maaf sbb xdpt hadirkan diri.. 

 marilah kita belajar menerima segalanya kekurangan pasangan, 
insyaAllah kita akan lebih tenang.. 
Sentiasalah berusaha untuk topup ilmu rumahtangga 
& memperbaiki diri menjadi isteri solehah buat suami tercinta. 
Letakkan aqidah & keimanan kepada Allah sebagai tunjang dalam 
mengemudi rumahtangga ke arah cintaNya.. 
InsyaAllah, kita bidadarinya dunia & akhirat kelak..

 ''Kelebihannya disyukuri..kelemahannya diredhai"
 
 men'download' gmbr tanpa kebenaran.. jgn marah. hehe

Mar 4, 2012

Ku amat merindui.....

kehadiranmu ku ternanti-nanti... 
aku amat merinduimu..
rindu segalanya tentang dirimu..

ya Allah.. 
andainya ini yang terbaik, 
redhakanlah hatiku menerima segala ketentuanMu 
kerana hanya Engkau Maha memahami, 
Maha mengetahui kekuatan & kelemahan diriku 
dalam menunaikan hak-haknya suatu hari nanti..
Kurniakanlah aku kesabaran ya Allah..

::Pengharapanku hanya padaMu::
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

amin!

mood: sangat2 sedih 




Mar 3, 2012

Enam Perkara Khusus Untuk Wanita


Assalamualaikum wbt 
Sekadar peringatan bt semua muslimah..
 tip2 ni dapat daripada seorang teman yang die bagi by email. 
Kebetulan duk men"delete" email2 yg rase da x pnting.. 
Ni nasihat ustazah die.. jd sy pn rase senang nk kongsi semua pada semua.. 
Selamat membaca & selamat beramal.. 
terima kasih jugak untuk teman sy 2 ats peringatan..


1. Jaga solat pada awal waktu

Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas 
tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.


2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah
 "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


::isteri solehah idaman suami soleh::


4. Mendidik anak secara Islam

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah

Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.



Feb 26, 2012

7 Sunnah Rasulullah saw

Assalamualaikum..
Jom amalkan 7 sunnah Nabi kita Muhammad saw (^___^)
mg kita semua tergolong dalam golongan yg mendapat syafaat darinya di akhirat kelak..
amin!




....Selamat Beramal semua.....


Feb 22, 2012

Keperluan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Semasa Kehamilan

Assalamualaikum wbt..
Kali ni nak berkongsi info mengenai kehamilan.
Maklumlah sekarang dh berstatus bakal ibu..hik2.. 
bukan sy tp kakak sy yg tercinta yg kawen baru ni.. 
alhmdulillah.. awal rezeki korang kan.. 
sy ni yg lame da kawen masih menunggu utk perubahan status "Bakal Ibu" 
-menunggu dlm sabar-
mintak sabar jugak ye abang sayang.. 

Info ni sy ambik dari laman web babycenter ni.. bagi sy la laman web ni sgt sesuai utk di'explore' oleh bakal2 ibu mcm sy..hehe.. kat cni sy juz ambik sbhgn daripada isi tajuk yg di atas...

Jom baca (^____^)

~Buah-Buahan yang sedap..yam3~

Pakar mengesyorkan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari (sebaik-baiknya tiga hidangan buah-buahan berwarna kuning dan sayur-sayuran berdaun hijau, dan dua hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain) untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi anda yang sedang membesar.

Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda benar-benar tidak suka buah-buahan atau sayur-sayuran? Atau jika mabuk hamil membuat anda loya melihat pisang? Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan bahawa anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan.

1. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda betul-betul suka

Jika anda tidak suka buah beri tetapi sukakan pisang, 
tidak tahan kubis tetapi sukakan karot, mulalah dengan memakan lebih daripada makanan kesihatan yang anda suka. Beberapa idea:
  • tambahkan pisang yang dihiris ke dalam bijirin sarapan anda
  • tambahkan karot parut ke roti rol untuk makan tengahari anda
  • makan dua jenis sayur yang berbeza untuk hidangan utama anda
  • tambah salad sampingan dengan sayur-sayuran hijau yang anda suka untuk setiap hidangan.

2. Cuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang luar biasa

Sekarang sudah terdapat pelbagai pilihan sehinggakan anda mungkin berjumpa sesuatu yang baru yang anda sangat suka. Cuba skuasy dan buah-buahan bermusim seperti:
  • manggis
  • duku langsat
  • buah nona
  • jambu air
  • mangga
  • labu
  • buah kiwi
Durian juga berkhasiat, tetapi ia harus dimakan secara sederhana.

3. Berikan diri anda layanan istimewa dengan buah-buahan di luar musim

Ia mungkin mahal tetapi setangkai kecil anggur, sepiring strawberi atau ceri akan lebih memanfaatkan anda daripada sekeping coklat, jadi jika itu merupakan buah-buahan yang anda suka, makanlah yang itu.

4. Pilih buah-buahan beku, yang dalam tin atau buah-buahan kering

Kadangkalah memakan buah limau mencomotkan atau ia susah untuk dikupas, juga memasak sayur-sayuran bukan perkara menarik. Cuba buah-buahan dalam tin yang mempunyai jus semulajadi seperti laici atau sayur-sayuran beku untuk dimakan dengan sajian utama. Aprikot separuh kering dan buah-buahan lain menjadi makanan ringan yang sihat juga.

5. Cuba buat minuman daripada buah-buahan tersebut

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukan minuman bergas atau kopi dan teh. "Smoothie" yang dibuat dengan sedikit susu, yogurt, ais dan buah-buahan menghasilkan minuman yang menyegarkan dan memberikan anda banyak kandungan buah-buahan harian. Sup sayur campur untuk makan tengah hari bermakna yang anda memakan beberapa sayur-sayuran berbeza tanpa disedari. Semua ini akan menambah vitamin, mineral dan serat ke dalam diet anda.

6. Makan mentah

Jika anda tidak sukakan sayur-sayuran yang dimasak, anda mungkin mendapati anda sukakannya mentah. Cubalah seperti:
  • ulam dengan sambal belacan yang tidak begitu pedas
  • karot parut dengan kismis digaulkan dengan kuah salad
  • coleslaw yang dibuat dengan kubis putih mentah dan karot
  • salad Waldorf dibuat dengan epal dan kacang walnut
  • batang-batang sayur-sayuran mentah yang diihidangkan dengan hummus atau kuah cecah lain.
Salad Asia seperti salad mangga Thai atau salad betik, kerabu atau raita India adalah alternatif berperisa yang menyejukkan sebagai alternatif untuk dimakan dengan nasi. Rojak buah-buahan boleh juga menjadi hidangan istimewa dari semasa ke semasa.

7. Ubahkan rupa

Cuba tip ini.
  • Campurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang anda tidak suka.
  • Lecekkan karot yang telah masak dengan kentang.
  • Tuangkan sos keju ke atas sayuran campuran yang dimasak dari beku.
  • Cuba kari sayur-sayuran (nenas atau terung adalah sangat lazat).
  • Buat sos menggunakan tomato dengan pasta dan gunakan pasta yang digaulkan dengan bayam dan juga keju.
  • Masak sayur goreng dengan sedikit minyak dengan mencampurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang mana anda tidak suka. Tambahkan kepingan daging nipis ke dalamnya. Jenis hidangan ini boleh menjadi hidangan satu lauk yang cepat untuk keluarga yang sibuk.
Anda juga boleh menambah sayur-sayuran untuk sup seperti tom yam, sup bebola ikan dan sup bayam, sup akar teratai atau sup berkrim seperti labu krim, cendawan, asparagus, atau tomato krim.

8. Teruskan mencuba

Citarasa anda sememangnya berubah semasa anda hamil dan anda mungkin mendapati bahawa dengan sentiasa mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang baru, anda menambahkan kepelbagaian makanan yang anda makan secara beransur-ansur. Perubahan kecil-kecilan terhadap apa yang anda makan boleh memberi kesan yang besar.
  • Tukarkan minuman bergas yang bergula dengan jus buah-buahan dan smoothie buah-buahan selama seminggu.
  • Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran yang anda suka pada minggu seterusnya.
  • Perkenalkan buah-buahan baru pada minggu berikutnya.
selamat mencuba! hidup sihat walaupun hamil..(^___^)

Feb 14, 2012

9 Soalan Manusia dijawab Oleh al-Quran

Assalamualaikum semua.
Setelah sekian lama menyepi tanpa info & perkongsian, pada entry kali ni, sy ada sedikit perkongsian yg diambil daripada blog abubasyer. Apabila ditimpa ujian @ musibah, pertanyaan seperti ini sering kali bermain di minda kita. Tapi bagi kita sebagai seorang muslim, bersangka baik dengan Allah itu adalah yg utama kerana Allah Maha Mengetahui segala yang kita tidak ketahui. Jom kita hayati jawapan kalamullah atas soalan2 yg biasa bermain di fikiran kita di kala jiwa sesak ditimpa masalah dan musibah...

Soalan pertama : Kenapa aku diuji?

Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah al-Ankabut  ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah  ayat 216)

Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

Soalan keempat  : Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran  ayat 139)

Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan Qadak dan Qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah S.W.T. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.

Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?

Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Benarlah saranan Allah S.W.T. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan menjadikan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.

Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.

Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah  ayat 111)

Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah S.W.T. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.

Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf  ayat 12)

Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.

Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Allah sebaik-baik pertolongan & pengharapan

Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah S.W.T. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah S.W.T. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...