Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 13, 2011

Rahsia Si Manja Cerdas


Kali ini saya berminat plak nk kongsi dengan ibu @ bakal ibu seperti saya (coming soon hehe), isteri @ bakal isteri di luar sana terutamanya mengenai rahsia si manja cerdas. Ni kes sebab teruja sangat baca majalah Pa & Ma bulan Julai.

Lepas tu excited plak suh suami belikan majalah ni utk bulan Ogos. Mujurlah suami sangat memahami walaupun xde rezeki lg buat mase ni. Sekarang ni sangat2 x sabar tggu keluaran bln September plak.. sabar2...

Saya listkan 15 aktiviti da la.. letih menaip banyak2.. kalau nk lebih2, kne bli majalah ni sendiri..ngeh2

::Kenal wajah anda::
Dia merenung anda sambil memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

::Tahu apabila namanya dipanggil::
Anda memanggil namanya & dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucap setiap hari.

::Berminat objek yang terang::
Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek @ permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya.

::Boleh membuka & menutup genggaman tangan::
Cubalah permainan seperti "cak cekur" sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam & dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa bahkan semasa minum susu.

::Bergerak dengan yakin::
Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yg disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunjukkan sikap terujanya.

::Aksi spontan::
Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindakbalasnya. Pasti dia akan ketawa!.
::Kenalkan buku::
Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.

~si comel cerdas~
::Menonton televisyen::
Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi & warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika.
::Bergolek ke sana sini::
Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek ke merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih & tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.
::Jatuh dan angkat::
Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipengangnya dari tempat tinggi. Anda angkatkan & berikan kepadanya, kemudian dia menjatuhkan kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya.
::Membebel::
Kadangkala bayi mengeluarkan suara yang tinggi & membebel. Biarka dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi @ mugkin teruja dengan sesuatu objek.

::Ikut mimik muka dan bunyi::
Ajak si manja anda mengikut mimik muka anda. Buat pelbagai aksi lucu @ bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah.

::Lihat dalam cermin::
Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain.
::Kenali wajah ahli keluarga::
Letakkan gambar wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang di sekelilingnya.

::Menjerit::
Pernah dengar si manja tiba-tiba menjerit?! ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri.

.....semoga bermanfaat.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...