Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 9, 2011

Ku Rindukan Saat ini....

12 April 2009
alhamdulillah dengan izin Allah kita dipertemukan
Cinta kian berputik dari hari ke hari
Lamaran abang sayang terima
walaupun kita kenal baru sekejap cuma

Ogos 2009
Konvokesyen abang, teddy bear 
pink yang sangat comel, kerongsang yang cantik
jubah hitam yg cantik
Terima Kasih abang kerana sifat pemurah abang
itu salah satu sebab sayang tertarik pada abang
&
Tahniah daripada sayang
sebab abang dapat anugerah Buku universiti
Alhamdulillah sayang dapat jumpa
mama, abah & adik beradik abang

peristiwa sesat di Bangsar Village gara2 pemandu teksi yang silap hantar
Pasar Malam hari Rabu
Baiki laptop sayang yang rosak
Belikan broadband & bayar bulan2 utk sayang
Baju raya purple yang sangat cantik
pilih buku di pekan buku
Syukran abang atas setiap bantuan.. sayang sangat2 menghargainya

19 Disember 2009
Dengan restu mak & ayah, Mama & Abah
Kita bersetuju mengikat tali Pertunangan
...Alhamdulillah...

Mei 2010
Kita sama-sama beli hantaran untuk perkahwinan kita
Terima kasih buat Ifah & Man sebab temankan kami
Kali pertama & terakhir kita bertemu dalam tempoh pertunangan

09 Jun 2010
Nurul Atiqhah binti Tolohah sah menjadi isteri kepada Mohd Hanif Bin Md Zain. 
Sayang insan paling bahagia kerana hadirnya abang melengkapkan hidup sayang

suamiku tercinta Mohd Hanif
izinkan sayang menjadi isteri solehah untuk abang, yang sentiasa menyokong abang, yang sentiasa akan bersama abang di waktu senang @ susah, yang sentiasa akan menjaga setiap keperluan abang, yang sentiasa bersama dalam meraih redha & cinta Allah swt.. insyaAllah


~saat bahagia bersamamu suamiku *Aidilfitri '10*~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...