Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 19, 2011

Cinta...

..Cinta..
::Andai saja kau bisa merasa getaran hatiku::
::Kau akan tahu betapa aku sangat merinduimu::
::Andai saja kau bisa menadah air mataku::
::Kau akan tahu betapa aku takut kehilanganmu::
::Andai saja kau jauh dari diriku::
::Kau akan lihat betapa kosongnya hidupku::
::Andai saja kau hilang dariku::
::Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan jiwaku::

..Cinta..
::Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu::
::Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku::
::Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan::
::Biar harta dan jasad terkorban::
::Kerana cinta ini yang ku damba::
 

..Cinta..
::Menyebut namamu takkan pernah jemu::
 ::Mengingatimu takkan pernah lupa::
::Memujimu takkan pernah rapuh::
::Janjimu sentiasa teguh::
::Cinta sehidup dan selepas mati::
::Cinta yang sentiasa bahagia walau derita::
::Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu::

~Sebenar benar cinta~

::Aku hidup kerana cinta itu::
::AKu mati kerana cinta itu::

::Cukup bagiku cintamu::
::Itulah pelindung yang memeliharaku::
::Itulah ketenangan yang mententeramkan aku::
::Itulah kebahagiaan yang menyinariku::

::Engkau yang selalu ada::
::Engkau yang sentiasa bersama::
::Saat suka dan duka::
::Aku cinta padamu::
::Aku cinta pada takdirmu::
::Aku cinta pada jalanmu::

..Atas nama cinta..
::"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."::
::Atas nafas cinta::
::Subhanallah::
 ::Alhamdulillah::
::Allahu Akhbar::
::Jihad cinta buatMu ya Rabb::
::Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu::
::Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu::

 ....Letakkan dunia hanya di tangan untuk dicatur, 
bukan di hati untuk diburui, 
supaya hidup kita tidak dibuai oleh cinta dunia....

~ameen Ya Rabb~

Sumber: iluvislam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...