Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 11, 2011

Isteri Pembangun Jiwa


Di belakang seorang suami berjaya, pasti ada seorang isteri yang sentiasa meniup semangat juangnya.

Peranan seorang isteri bukan sahaja penyejuk hati suami, malah ia boleh memberi kesan kepada negara.. bagaimana?? jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenang oleh isteri dan anak-anak sebagai penyejuk mata, maka si suami pasti akan menjadi seorang yang bijak dan tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya. Dan kebijaksanaannya turut dimanfaatkan oleh masyarakat luar.

Di sini, ku ingin berkongsi dengan sahabat2 yang bakal bergelar isteri kelak dan yang da bersuami mengenai ciri-ciri isteri penenang jiwa. Moga dapat manfaatnya..


~isteri solehah penyejuk di mata, penawar di hati~

1. Isteri yang cerdik

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung dua ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej tinggi. Tetapi, kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahupun duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah lembut. Tutur katanya halus dan berhati-hati agar suami tidak terasa hati. Gurauannya bersahaja sangat menyenangkan jiwa. Dia juga bijak mengangkat nilai suami pada pandangan orang lain dan sentiasa bersedia untuk diajak berbual apa sahaja tanpa rasa jemu dan perasaan layu.

Isteri yang pandai membaca riak rasa seorang suami samada gembira atau sebaliknya, menjadi penguat semangatnya untuk melakukan yang lebih baik pada esok hari. Kerana itu, ada pepatah mengatakan, di belakang seorang lelaki yang Berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniupkan semangat juangnya.

2. Sentiasa mendahulukan suami daripada yang lain

Seorang isteri yang solehah dinilai dari ketaatannya kepada suami dalam apa jua perkara selagi ia tidak melangkaui batasan agama. Kesetiaan pada suami didahulukan daripada orang lain termasuk ibu atau bapa. Keizinan suami sentiasa diminta agar redhanya selalu mengiringi, sehinggakan untuk berpuasa sunat juga isteri perlu meminta izin suami sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:


“Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.”

3. Menguruskan rumah tangga

Tanggungjawab seorang isteri yang tidak kurang pentingnya ialah menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Anak-anak dijaga makan dan pakai, begitu juga suami yang sentiasa dipenuhi keperluan dirinya. Rumah yang bersih, damai dan tenang akan menggembirakan penghuni yang berlindung di dalamnya. Jiwa yang tenang pasti akan melahirkan individu yang ceria gembira. Walaubagaimanapun, untuk menghias rumah, isteri perlu mengikut kemampuan keperluan keluarga. Isteri harus pandai menghargai susah payah suami mencari nafkah buat perbelanjaan seharian.

4. Berhias hanya untk tatapan mata suami

Isteri yang menyintai suaminya tidak akan membiarkan kecantikannya dilihat apatah lagi dinikmati oleh orang lain. Mata, bibir, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk santapan mata suami yang halal baginya. Oleh itu, pakaian dan penampilannya di hadapan suami sentiaa dijaga. Pelupuk mata, pipi dan bibir yang disolek dengan warna menaikkan seri wajah hanya digunakan di hadapan suaminya. Apabila berada di luar rumah, semua itu mesti ditinggalkan. Auratnya ditutup dengan rapid an tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki lain agar keberkatan dalam rumahtangga tetap terpelihara.
insyaAllah, kita sama-sama akan menjadi seorang isteri "QURRATU'AYUN" seorang suami.. ameen..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...