Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mar 7, 2011

Bila Anak...

Bila anak dah pandai melihat, tunjukkanlah kepadanya akan kebesaran Allah.

Bila anak dah pandai membaca, isikan di mindanya dengan ayat-ayat suci al-Qur’an dan sunnah Nabi saw serta ilmu keislaman yang sebenar-benarnya.

Bila anak dah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian Allah 2 4 4 3 4, iaitu kiraan rakaat solat 5 waktu sehari semalam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam.

Bila anak dah pandai cari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki dan makanan yang halal, kerana hasil yang haram akan menjejaskan kehidupan sebagai seorang Islam.

anak..anugerah & amanah dariNya
Ingat!! Bila kita sudah mati nanti, anak-anak yang soleh yang kita didik inilah yang memberi manfaat kepada kita di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak, selain amal jariah yang kita lakukan semasa hidup.

Ya Allah.. kurniakanlah kami anak yang soleh solehah, penyambung zuriat kami di dunia ini dan kepadaMu kami berserah..ameen

Renung-renungkanlah bersama…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...