Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mar 6, 2011

Jariah Untuk Diri Satu Kewajipan

Urusan bersedekah atau berjariah tidak hanya berlaku antara dua pihak sahaja. Ia juga boleh berlaku melalui satu pihak itu sendiri. Bagaimana melakukan jariah untuk diri sendiri?

Menurut ustaz Mohd Fadzil, bersedekah atau berjariah untuk diri sendiri boleh dilakukan dengan melaksanakan semua perintah Allah SWT. Dalam melaksanakan perintah Allah SWT pula, kita tidak boleh membuat sesuatu yang fardu sahaja dan memandang enteng terhadap perkara-perkara sunat.

Kedua-dua perkara iaitu fardu dan sunat haruslah diseiringkan. Untuk mendapat khusyuk dalam solat bukanlah mudah, sebab itulah ibadat yang kita lakukan seharusnya ditampung dengan perkara-perkara sunat seperti berzikir, membaca al-Qur'an, solat sunat dhuha dan sebagainya.

Amalan sunat umpama roda belakang pada basikal, tidak sempurna pergerakan basikal tanpa adanya roda belakang. Dan roda belakang itulah amalan sunat yang melancarkan perjalanan kita. Begitulah juga amalan-amalan dalam kehidupan. 

Perkara-perkara sunat tersebut boleh menjadi makanan rohani kita. Ia sebagai benteng untuk mengukuhkan iman untuk menjadikan kita insan yang lebih tenang, berakhlak dan lebih berhalus dalam membentuk diri menjadi insan yang lebih baik. Di samping itu juga, kita haruslah menasihati dan ingat-mengingati sesama sendiri kerana jika kita mengingatkan orang lain tentang sesuatu kewajipan, nescaya kita juga akan turut ingat.
~pohonlah kepada Allah~

Sumber: Anis Mac "11


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...